Saturday, 6 August 2011

" seni bina landskap " bidangku ..

bidang seni bina landskap ini adalah sebagai seni dan sains bagi mengubahsuaikan kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh. Landskap juga adalah salah satu profesion yang memerlukan kefahaman saintifik dan seni dalam mewujudkan alam bina bagi penghidupan manusia. selain itu, bidang landskap adalah penting dalam proses pembangunan seperti di kawasan- kawasan kediaman, komersial, industri dan rekreasi. jika pembangunan tidak terkawal dengan pengindahan landskap, ia akan mewujudkan alam sekitar menjadi kering dan tidak bermaya. Di samping itu, perancangan rekabentuk dan pengurusan landskap akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia. Oleh itu, jangan fikirkan landskap ini tidak berguna untuk alam sekeliling kita. Ianya penting bagi memelihara keindahan persekitaran kita supaya lingkungan hidup manusia menjadi sihat dan selesa.

Thursday, 4 August 2011

tentang diri saya

Nama : Calista Gabrielyn Victorian Sirun ( Tita, ta )
Asal : Kg. Kapayan Lama Tambunan , Sabah ( KL jg. hehe .. )
T. Lahir : 29 / 09 / 1993 ( 18 tahun. hehe .. )
T. Lahir : Hospital Daerah Tambunan Sabah. ( taw? )
Bil. adik - b'adik : 5 orang ( sy ke-3 @ centre )
Hobi : bermain gitar, bola tampar, badminton ( banyak lgi )
Cita- cita : guru ... ( bahagian Landskap la. best tue. hehe .. )
M. kegemaran : nasi goreng campur, wan tan mee, mee goreng ( uiyh .. bnyk lgi )


M. kegemaran : teh c ais, milo ais, nestum,( aiik .. bnyk jga )

Wednesday, 3 August 2011

kenapa saya memilih diploma seni bina landskap ?

saya memilih diploma seni bina landskap kerana, saya meminati bidang ini dan ingin mengenali lebih dalam lagi tentang landskap. bagi saya, landskap ini mencantikkan kawasan serta dapat memberi ketenangan kepada diri kita.

Tuesday, 2 August 2011

kenapa saya memilih geomatika college international

Saya memilih geomatika college international, sebab saya ingin melanjutkan pelajaran dan ingin mencapai hasrat ibu bapa saya, untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang telah saya ambil semasa saya berada di sekolah menengah, iaitu "landscape and nurseri" di S.M.K Tambunan, Sabah. Selain itu, saya juga ingin terus belajar selagi saya masih mempunyai ibu bapa kerana mereka ingin saya berjaya dalam bidang yang saya minat dan kerana mereka jugalah saya berada di sini sekarang. Di samping itu, saya juga mahu melihat mereka bahagia atas kejayaan yang saya peroleh nanti. Oleh itu, saya akan terus berada di geomatika college international ini sehingga saya berjaya.